the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki warga Thailand ditahan bersama 11.845 kg pil yaba

KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki warga Thailand bersama 11.845 kilogram (kg) pil yaba bernilai RM651,475 di Jalan Kuala Krai-Tunjong, di sini malam tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada 11.45 malam.

Beliau berkata sebelum itu, lelaki berusia 36 tahun berkenaan bersama seorang rakannya berada dalam sebuah kereta Perodua Myvi yang diletakkan di kawasan lapang berhadapan sebuah klinik haiwan di lokasi itu.

“Suspek telah keluar dari bahagian penumpang hadapan kereta dengan membawa satu beg berwarna hitam dan pasukan kami terus menghampiri kereta berkenaan dan membuat hadangan.

“Namun, pemandu Perodua Myvi itu bertindak merempuh kenderaan polis dan memecut melarikan diri ke arah Jalan Kuala Krai-Tunjong serta gagal dikesan,“ katanya pada sidang media di IPK Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki berkata pemeriksaan lanjut di dalam beg itu menemukan 100,000 bil pil yaba seberat 11.845 kg.

Beliau berkata lelaki itu yang positif terhadap dadah kini direman hingga 27 Dis ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Muhamad Zaki berkata seramai 626 individu di negeri itu ditahan berkaitan pelbagai kesalahan akta dadah sepanjang Ops Tapis dilaksanakan dalam tempoh 12 Dis lepas hingga semalam.

“Kesemua yang ditahan berusia 17 hingga 55 tahun terdiri daripada 606 warga tempatan dan 20 warga asing. Dalam operasi kali ini, polis berjaya merampas pelbagai dadah bernilai RM760,169,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings