the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

LKAN: Kegagalan kontraktor bekal senjata api, kdn rugi lebih RM6 juta

KUALA LUMPUR: Pengurusan dan kawal selia senjata api jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah kurang memuaskan, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.

Menurut laporan itu, terdapat kelemahan dalam penyediaan dasar berkenaan sukatan senjata api dan amunisi serta berlaku kes kehilangan senjata api milik jabatan dan agensi di bawah KDN.

Juga berlaku kelemahan tindakan penguatkuasaan Akta Senjata 1960 bagi pembaharuan lesen senjata api yang boleh menjejaskan kawalan senjata api oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain kelemahan pengurusan pelupusan senjata api boleh menimbulkan risiko keselamatan.

“Perjanjian bagi kontrak pelupusan ke atas pelbagai jenis senjata lama dan lusuh berserta aksesori milik PDRM telah ditandatangani antara KDN dengan Syarikat X pada 1 Okt 2012 dengan tempoh perjanjian hingga 30 Sept 2014.

“Fasal lima perjanjian menyatakan nilai perjanjian tidak kurang daripada RM7.50 juta, merujuk kepada Surat Setuju Terima (SST) bertarikh 7 Sept 2012, syarikat berkenaan akan membekalkan senjata berserta aksesori dan mengadakan latihan selama dua hari sebagai gantian pelupusan pelbagai jenis senjata tersebut,” menurut laporan itu yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini.

Laporan itu memaklumkan semakan audit mendapati PDRM telah menyerahkan pelbagai jenis senjata lama dan lusuh berserta aksesori secara berperingkat antara 5 Okt 2012 hingga 11 Nov 2014, bagaimanapun pada Oktober 2014 syarikat berkenaan hanya menyerahkan aksesori bernilai RM1.16 juta kepada PDRM.

“Semakan audit mendapati tiada tindakan susulan diambil oleh KDN terhadap syarikat berkenaan bagi memastikan ia memenuhi obligasi kontrak yang seterusnya menyebabkan kerugian kepada kerajaan dianggarkan berjumlah RM6.34 juta,” menurut laporan itu.

KDN dalam maklum balasnya terhadap perkara itu memberitahu telah mengemukakan surat kepada syarikat berkenaan pada Jun lepas menuntut agar obligasi kontrak tersebut dipenuhi segera dan jika gagal tindakan undang-undang akan diambil.

“KDN telah menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman untuk mendapatkan maklumat terperinci dan mencadangkan tindakan sewajarnya kepada pihak terlibat selain akan membuat perolehan secara tender terbuka dan tidak akan melaksanakan perolehan senjata api secara perdagangan tukar barang,” menurut laporan berkenaan.

Menurut laporan itu lagi, perolehan yang tidak diurus dengan cekap menyebabkan PDRM tidak mendapat bekalan senjata api yang sepatutnya dan kerajaan akan menanggung kerugian sekiranya tindakan lebih tegas tidak diambil bagi memastikan syarikat memenuhi obligasi kontrak.

Pihak audit mengesyorkan supaya KDN dan PDRM memastikan syarat kontrak dipatuhi sepenuhnya supaya kerajaan memperoleh nilai terbaik bagi setiap perolehan yang dibuat, selain KDN dan PDRM juga hendaklah mengkaji dari aspek perundangan tindakan yang boleh diambil sekiranya syarikat gagal memenuhi obligasi kontrak. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings