the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

LRA Sungai Linggi berbau, bekalan air di Port Dickson dan Seremban terjejas

SEREMBAN: Beberapa kawasan di daerah Port Dickson dan Seremban mengalami masalah gangguan dan ketiadaan bekalan air berikutan terdapat masalah sumber air mentah berbau di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi.

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) dalam satu kenyataan memaklumkan pengeluaran air LRA itu terpaksa dihentikan untuk menepati piawaian kualiti air minum kebangsaan.

“Status setakat 10 pagi tadi, loji belum beroperasi kerana air mentah masih lagi berbau (2 TON). Bagi mengurangkan gangguan kepada para pengguna, SAINS telah menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori tangki dan menempatkan tangki statik di kawasan yang terlibat,“ menurut kenyataan itu.

Kawasan terjejas ialah sebahagian kawasan Batu 6 Jalan Pantai, Batu 4 Jalan Pantai, Jalan Sua Betong, Air Port Dickson Kuning, Tampin Linggi sehingga sekitar kawasan pekan Port Dickson dan Lukut.

Turut terlibat dari Simpang Bukit Palong, Chuah, Bukit Pelandok sehingga Tanah Merah Site A, manakala di Seremban melibatkan Rantau dan Jalan Sungai Gadut sehingga Taman Pinggiran Senawang. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings