the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MBPP angkut 1.4 tan sisa barang lusuh simpan di rumah teres

GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memugut 1.4 tan barangan lusuh dari sebuah rumah teres dua tingkat di daerah Timur Laut sehingga menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar dengan longgokan sisa barang lusuh.

MBBP, dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan itu diambil menerusi operasi bersepadu yang dijalankan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan jabatan-jabatan dalaman MBPP, semalam.

MBPP berkata tiga buah lori terpaksa digunakan untuk mengangkut kesemua longgokan barangan lusuh itu selepas pemiliknya sengaja membiarkan kawasan kediamannya dalam keadaan semak dan menjijikkan.

“Notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan kepada pemilik premis telah dikeluarkan pada 29 Dis lepas mengikut Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 Majlis Bandaraya Pulau Pinang namun tiada tindakan diambil pemilik untuk membersihkan kesemua sampah terbabit,” menurut kenyataan itu.

Pada masa yang MBPP berkata pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut yang turut menjalankan operasi pemeriksaan bekas-bekas berpotensi pembiakan nyamuk telah menemui pembiakan jentik-jentik yang banyak di dalam baldi.

Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan sewajarnya sedang dipertimbangkan ke atas pemilik kediaman tersebut kerana gagal mematuhi Notis di bawah Seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 sebanyak dua kali. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings