the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Melaka bentang Bajet 2024 berjumlah RM564.6 juta

MELAKA: Kerajaan negeri hari ini membentangkan Bajet 2024 berjumlah RM564.6 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (gambar) berkata hasil kerajaan negeri dianggarkan berjumlah RM479.6 juta dengan anggaran Hasil Cukai berjumlah RM167.4 juta, Hasil Bukan Cukai (RM298.9 juta) dan Terimaan Bukan Hasil (RM13.3 juta).

Ab Rauf (BN-Tanjung Bidara) berkata di bawah anggaran perbelanjaan pembangunan pula, ia membabitkan peruntukan berjumlah RM85 juta.

“… dengan pecahan RM55.6 juta merupakan sumber hasil negeri, RM28.4 juta daripada Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (Geran TAHAP) dan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) sebanyak RM1 juta daripada kerajaan Persekutuan serta token sebanyak RM20 adalah pindahan daripada Akaun Pinjaman Disatukan,” katanya ketika berucap membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2024.

Bertemakan Menelurusi Warisan, Mengembalikan Kegemilangan, Ab Rauf berkata Bajet 2024 itu membabitkan tiga agenda serta lapan fokus yang akan dilaksanakan secara komprehensif dan inklusif.

“Bagi Agenda 1 iaitu Pembangunan Ekonomi Yang Kompehensif dan Mampan, ia mempunyai lima fokus iaitu menjadikan Melaka sebagai negeri mesra pelabur, membangunkan Melaka sebagai pusat kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Selain itu, memperkasa sektor pelancongan melalui penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), menyegerakan pendigitalan 4G dan 5G serta membudayakan seni, warisan dan budaya negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata, untuk Agenda 2 iaitu Kesaksamaan Sosial Demi Kesejahteraan Rakyat, ia mempunyai satu fokus iaitu memperkasa inisiatif di bawah pentadbiran kerajaan negeri Melaka.

Katanya, Agenda 3 merangkumi Peningkatan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam iaitu melonjakkan prestasi anak syarikat kerajaan negeri serta menyediakan perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan.

“Di bawah inisiatif kesiapsiagaan kawasan industri, kerajaan negeri sedang menyediakan kawasan industri baharu untuk menarik pelaburan berimpak tinggi, antaranya MCORP Hi Tech Park, German Technology Park dan Kawasan Perindustrian Elkay 2.0.

“Selain itu, Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) ditambah baik dengan diberi nama baharu iaitu Straits of Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ) serta Pembangunan Industri Halal menerusi Melaka Hala Hub di Serkam, Jasin sebagai Pusat Industri Halal pertama di Malaysia,” katanya.

Di bawah Inisiatif Kepelbagaian Aktiviti Ekonomi pula, kerajaan negeri mengambil langkah proaktif untuk terus menyokong pelbagai sektor ekonomi yang berpotensi bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri.

Beliau berkata antara inisiatif yang akan dilaksanakan termasuklah projek perintis Projek Pengeluaran Benih Padi Sah di mukim Merlimau membabitkan peruntukan sebanyak RM300,000 yang memberi manfaat kepada 400 petani melibatkan kawasan sawah padi seluas 1,589 hektar.

“Industri Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) akan dibangunkan di Melaka, yang mana kerajaan negeri telah meluluskan permohonan penjelajahan melibatkan kawasan seluas 2,250 hektar.

“Kawalan harga perumahan bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat untuk memiliki rumah idaman membabitkan penyediaan 50 peratus komposisi rumah dengan harga di bawah RM400,000 dan pemberian diskaun ke atas harga rumah bagi perumahan berstatus Tanah Adat Melaka (MCL) di antara lima hingga 10 peratus,” katanya.

Untuk Inisiatif TMM2024 pula, Ab Rauf berkata kerajaan negeri optimis dalam mencapai sasaran 8.4 juta pelancong yang berpotensi merangsang pertumbuhan ekonomi negeri khususnya ekonomi rakyat.

“Kerjasama strategik bersama pemain industri pelancongan sempena TMM2024 termasuklah Kupon Cabutan Bertuah untuk setiap pelancong yang menginap di hotel-hotel terpilih dalam Melaka selama dua malam, Kupon Diskaun TMM2024 diberikan sepanjang 2024 bagi tempat-tempat tarikan pelancongan di Melaka.

“Pakej Keluarga TMM2024 yang mengandungi empat lokasi pelancongan iaitu Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Muzium dan Galeri Melaka serta Zoo Melaka dan Taman Burung selain pelbagai pakej pelancongan seperti Pakej Warisan dan Pakej Golf,” katanya.

Bagi penjawat awam pula, Ab Rauf berkata Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji atau paling kurang RM2,000 akan diberikan menjelang Februari depan.

Selain itu, Ab Rauf berkata pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) bagi penjawat awam bertaraf tetap berumur 45 tahun ke atas membabitkan peruntukan hampir RM1 juta.

Katanya, kerajaan negeri turut memanjangkan kemudahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada kakitangan lantikan Kontrak untuk Perkhidmatan (CFS) Jabatan Negeri, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dengan implikasi kewangan hampir RM178,000. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings