the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Miti: Dua misi ke Jepun jana potensi pelaburan RM29.6b, eksport RM2.8b

KUALA LUMPUR: Dua misi ke Jepun yang diadakan sejak Jun 2023 berjaya meraih potensi pelaburan dan eksport masing-masing bernilai RM29.6 bilion dan RM2.8 bilion.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataannya hari ini berkata misi berkenaan juga menjana potensi pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM6.6 bilion dan eksport bernilai RM700 juta menerusi misi perdagangan dan pelaburan ke Jepun baru-baru ini.

“Misi menerusi usaha agensi-agensi MITI, pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah diadakan serentak dengan Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun di sini dengan delegasi Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).

“MITI dan agensi-agensinya telah mengatur mesyuarat meja bulat antara Perdana Menteri dan 25 pemimpin industri Jepun selain mesyuarat berasingan dengan ROHM Wako, NEC Corporation dan Mitsui & Co Ltd,” katanya.

Pada masa sama, Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz turut mengadakan pertemuan masing-masing dengan pihak Miyoshi Oil and Fat Co Ltd, Marubeni Corporation, Nichicon Corporation dan Itochu Corporation.

“Kebanyakan daripada pelaburan baharu ini adalah daripada sektor-sektor yang kita sasarkan, termasuk tenaga boleh baharu, elektrikal dan elektronik, bahan kimia dan ekonomi digital yang seiring dengan misi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) dan hasil yang diharapkan.

“Kita berjaya menarik pelaburan yang akan menyokong misi untuk menggunapakai teknologi dan pendigitalan bagi memacu inovasi, meningkatkan produktiviti dan mewujudkan peluang baharu pertumbuhan ekonomi serta penyahkarbonan bagi sektor pembuatan,” kata Tengku Zafrul.

Beliau turut berkongsi tekad MITI untuk memastikan kesemua pelaburan terbabit dalam direalisasikan secepat mungkin bagi menyuntik lebih banyak peluang bagi perusahaan kecil dan sederhana serta pekerjaan dengan gaji lebih tinggi bagi rakyat negara ini.

“Bagi tujuan itu, pelbagai kelulusan pelaburan baik di peringkat persekutuan dan negeri, telah dipercepatkan melalui Jawatankuasa Penyelarasan Tindakan Pelaburan dan Perdagangan (ITACC) dan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaburan (ICCM),“ kata Tengku Zafrul. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings