the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mohamad Hasan: PLKN 3.0 mungkin akan dilaksanakan mulai 2025

KUALA LUMPUR: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 mungkin hanya akan dilaksanakan bermula 2025, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar).

Mohamad berkata tiada kemungkinan untuk PLKN dilaksanakan semula tahun depan memandangkan perkara itu tidak dimasukkan ke dalam Belanjawan 2024.

Beliau berkata 13 Kem Askar Wataniah di seluruh negara yang dicadangkan sebagai lokasi PLKN diadakan juga perlu terlebih dahulu melalui proses naik taraf bagi tujuan berkenaan.

“Jadi (pelaksanaan) PLKN ini masih lagi dalam peringkat kajian, Jemaah Menteri dah luluskan supaya kementerian lakukan kajian lanjut untuk hidupkan semula PLKN.

Segala analisis dan maklum balas berkaitannya termasuk mekanisme pelancaran semula itu akan dibincangkan bersama pihak berkepentingan, masyarakat dan NGO (badan bukan kerajaan) seterusnya dibawa kepada Jemaah Menteri sebelum dimuktamadkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata Kementerian Pertahanan telah mendapat kelulusan untuk membuka Pejabat Atase Pertahanan baharu di Mesir yang dijangka akan mula beroperasi tahun depan.

Mohamad berkata pembukaan pejabat itu merupakan sebahagian daripada strategi negara dalam menjalinkan hubungan serantau antarabangsa dalam bidang pertahanan.

Beliau berkata ketika ini, terdapat 26 Pejabat Atase Pertahanan di luar negara dengan pejabat di Jordan ditutup pada 2018, manakala Pejabat Atase Pertahanan di Pretoria, Afrika Selatan pula adalah satu-satunya pejabat atase pertahanan di Benua Afrika yang boleh merangkumi kawasan selatan dan tengah benua itu.

“Kita buka di Mesir, telah diluluskan kerajaan, ia boleh merangkumi kawasan di Timur Tengah utara dan kawasan utara Afrika,” katanya.

Bagaimanapun katanya, Kementerian Pertahanan tidak akan menutup Pejabat Atase Pertahanan di Vientiane, Laos, walaupun ia kurang aktif memandangkan negara itu akan menjadi Pengerusi ASEAN 2024.

Mengenai isu projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Mohamad berkata 3,307 unit RKAT sedang dalam pembinaan antaranya 284 unit di Markas Sungai Pancing, Pahang; Kem Tentera Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan (1,309 unit); Kem Muara Tuang, Sarawak (190) dan Kem Lok Kawi, Sabah (513).

“RKAT itu menggunakan peruntukan RM517.4 juta manakala RM400 juta pula untuk menambah baik dan menaik taraf RKAT sedia ada…kerana RKAT dulu terlampau kecil dan tidak sesuai untuk didiami keluarga,” katanya.

Mengulas isu sistem radar jarak jauh bagi perolehan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang didakwa hanya dalam peringkat prototaip, Mohamad menyangkal dakwaan itu kerana aset berkenaan kini dikategorikan sebagai dalam pengeluaran dan sudah matang selain dijenamakan semula sebagai GM400 Alpha.

Selain itu, beliau berkata dakwaan laporan penilaian fizikal bagi perolehan aset itu telah dimanipulasi juga tidak benar kerana kriteria penilaian adalah berdasarkan jadual pematuhan dokumen petender dan ahli pemeriksa fizikal yang terdiri daripada pegawai yang dilantik TUDM berdasarkan kepakaran bidang masing-masing.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM19,731,497,700 yang diperuntukkan kepada kementerian itu dengan lebih suara menyokong selepas dibahaskan 15 Ahli Parlimen. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings