the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mohamad Sabu, Mujahid antara 124 calon merebut 27 jawatan tertinggi Amanah

KUALA LUMPUR: Seramai 124 calon akan merebut 27 tempat Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pemilihan parti sesi 2023-2026 yang akan diadakan serentak dengan Konvensyen Nasional 2023 pada 23 dan 24 Dis di Klang, Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dr Zulqarnain Lukman berkata antara yang menyerahkan borang pencalonan termasuk Presiden parti Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar), Naib Presiden Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, Naib Presiden Adly Zahari dan Pengarah Strategi Amanah Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad.

Dalam pemilihan itu, Dr Zulqarnain menjelaskan perwakilan juga akan memilih calon bagi jawatan Speaker, Timbalan Speaker dan Juruaudit dengan kira-kira 1,100 perwakilan terlibat dalam proses pemilihan kali ini.

“Selepas tarikh tutup serahan borang pencalonan pada 13 Dis 2023, Jawatankuasa Pemilihan Parti Amanah Negara 2023 telah menerima 132 borang pencalonan merangkumi enam Amanah Negeri dan 126 Amanah Kawasan.

“Secara keseluruhannya, 202 nama telah dicalonkan untuk pemilihan kali ini dan selepas saringan kelayakan calon yang merangkumi jumlah pencalonan dan tahun keahlian, 58 calon ditolak pencalonannya atas faktor tidak mendapat pencalonan yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya dua pencalonan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut perlembagaan parti, kedudukan lima jawatan tertinggi termasuk Presiden ditentukan secara konsensus oleh 27 pimpinan tertinggi yang akan dipilih oleh perwakilan, dan seseorang hanya boleh menjadi presiden selama tiga penggal berturut-turut.

Ia merupakan penggal terakhir bagi Mohamad jika terpilih sekali lagi untuk mengemudi parti yang mempunyai lebih 200,000 ahli itu.

Zulqarnain berkata Jawatankuasa Pemilihan parti akan menyiarkan senarai muktamad nama dan gambar calon di laman sesawang khas sebelum pemilihan berlangsung untuk membolehkan perwakilan mengenali calon masing-masing selepas pihak jawatankuasa menerima borang jawapan penerimaan pencalonan.

Beliau berharap kesemua calon dapat mematuhi garis panduan dan etika kempen yang ditetapkan dalam Tatacara Pemilihan parti. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings