the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mohamad Sabu: Sektor agromakanan catat pertumbuhan memberangsangkan

KUALA LUMPUR: Inisiatif pengukuhan sektor agromakanan yang mula dirintis sejak 2022 telah menunjukkan perkembangan memberangsangkan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar).

Mohamad berkata pencapaian tersebut boleh diterjemahkan melalui pertumbuhan sektor agromakanan yang lebih kukuh pada 2023 dengan peningkatan 4.3 peratus kepada RM181.4 bilion berbanding RM173.9 bilion pada 2022.

“Sektor agromakanan memberikan sumbangan yang signifikan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) iaitu 11.6 peratus. Pengiraan ini meliputi industri agromakanan di bawah sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.

“Bagaimanapun saya menyedari bahawa KPKM masih berhadapan cabaran dalam menyelesaikan isu bekalan makanan yang bukan sahaja dihadapi oleh negara kita malah di seluruh dunia,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini.

Mohamad berkata susulan keputusan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Tahun 2024 pada 23 Feb lepas, KPKM sedang melaksanakan kajian dan perbincangan lanjut berhubung industri padi serta beras secara menyeluruh.

Hal itu termasuk cadangan mewujudkan satu harga dan gred beras tunggal dengan mengambil kira harga belian padi, faktor bekalan, harga beras import dunia, kemampanan bekalan beras tempatan dan kesan kepada pengguna.

“Suka saya menegaskan bahawa belum ada ketetapan yang dibuat ke atas cadangan untuk menamakan beras tersebut sebagai Beras MADANI,” katanya.

Sementara itu menjawab dakwaan wujudnya kartel dalam industri padi dan beras negara, Mohamad berkata KPKM sedang bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi menyiasat dakwaan tersebut di bawah Akta Persaingan 2010 (Akta 712).

Beliau berkata pada tahun lepas sahaja, 22 lesen penjualan benih padi sah dibatalkan kerana melanggar syarat sah lesen.

“Industri padi dan beras negara dikawal selia oleh KPKM di bawah Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994 (Akta 522). Melalui akta ini, pelesenan dan penguatkuasaan merupakan langkah KPKM untuk memastikan ekosistem yang adil sepanjang rantaian nilai industri padi dan beras negara.

“Sekiranya terdapat pelanggaran Akta 522 dan peraturan di bawahnya oleh pemegang lesen serta permit, KPKM akan membatalkan serta-merta atau menggantung lesen mana-mana pihak,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings