the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mohamed Khaled: ATM siap siaga bantu mangsa pasca banjir

KOTA TINGGI: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersiap siaga menerima arahan berkaitan sebarang operasi membantu mangsa dalam mendepani proses pemulihan pasca banjir.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) bagaimanapun berkata sehingga kini pihaknya masih belum menerima arahan dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“(Pasca banjir), semua ini di bawah NADMA dan kita sedia terima apa-apa tugasan apatah lagi diperlukan untuk pasca banjir,“ katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi, di sini hari ini.

Beliau berkata Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan di beberapa kawasan di negeri ini sehingga esok, dan anggota ATM tetap diletakkan dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi pelbagai kemungkinan berlakunya banjir.

“Di Johor kita mempunyai enam pegawai dan 66 anggota pangkat-pangkat lain untuk ditugaskan bantu keadaan banjir di sini. Satu perkara kita hadapi tidak ada jalan terputus kalau ada pun kita akan lihat bagaimana ATM akan bantu.

“Kalau di Kota Tinggi anggota kita berpengkalan di Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) Kota Tinggi di sini. Setakat ini belum ada lagi amaran gelombang (banjir kedua) hanya dimaklumkan tentang hujan lebat sehingga esok,” katanya.

Terdahulu Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi turut melawat PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina New Kota dan Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kota Tinggi di sini.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata projek tebatan banjir Sungai Johor yang telah pun ditenderkan dan dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Seperti projek tebatan banjir Sungai Johor kita lihat secara menyeluruh bagaimana hendak kurangkan kesan-kesan jika hujan lebat dapat elak banjir.

“Projek melibatkan peruntukan kira-kira antara RM600 juta hingga RM700 juta. Sekarang sudah tender dan dah ditutup tunggu award,“ katanya.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, setakat 12 tengah hari tadi, sebanyak 1,197 mangsa banjir daripada 310 keluarga, masih berlindung di PPS. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings