the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nahas helikopter TLDM: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi mengelak sebarang kesalahan di bawah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

MCMC dalam kenyataan hari ini turut menasihatkan mana-mana pihak yang telah memuat naik video berkenaan supaya memadam kandungan itu daripada media sosial.

“Pengguna Internet perlu lebih sensitif dan menghormati keluarga mangsa yang ketika ini sedang bersedih atas kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka,” menurut MCMC.

TLDM hari ini mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam insiden pada 9.32 pagi tadi yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.

Difahamkan insiden itu berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90, yang dijadualkan pada awal bulan depan.

MCMC menegaskan sebagai badan berkanun yang mengawal selia penggunaan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian, pihaknya ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa penghantaran komunikasi yang mempunyai ciri-ciri mengancam, menyakitkan hati atau mengganggu orang lain merupakan suatu perbuatan yang dilarang di bawah AKM 1998.

Suruhanjaya itu turut menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan keluarga insiden berkenaan.

Media hari ini turut melaporkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengeluarkan peringatan sama kepada pengamal media bagi menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings