the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nancy: Kemajuan, kemakmuran negara perlu selari dengan hak kanak-kanak

JOHOR BAHRU: Kemajuan dan kemakmuran negara tidak akan membawa erti sekiranya tiada usaha dilakukan untuk menangani isu kanak-kanak terutamanya yang berkait dengan masa hadapan mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (gambar) berkata kanak-kanak berperanan penting selari dengan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia suku kedua tahun ini yang menunjukkan mereka membentuk hampir 30 peratus daripada populasi negara.

Menyedari perkara itu, beliau berkata kerajaan menyediakan inisiatif yang memberi fokus kepada empat hak kanak-kanak sebagaimana Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Ia meliputi hak aspek kelangsungan hidup (survival), pengembangan (development), perlindungan (protection) dan penyertaan (participation) bagi memastikan potensi kanak-kanak terus menyerlah sebagai pewaris negara, agama dan bangsa,“ katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail @ Md On.

Oleh itu, Nancy berkata kerajaan berikrar untuk menjalankan amanah melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk penderaan dan sebagainya dengan mewujudkan persekitaran selamat dan terjamin supaya mereka dapat membesar dan berkembang dengan baik.

“Kita semua sedar dengan peningkatan kes kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan dan penganiayaan.

“Justeru, kita perlu memperkasa kanak-kanak agar mereka berupaya bertindak sekiranya berlaku ancaman terhadap nyawa mereka,“ katanya.

Terdahulu, beliau berkata hampir 400 kanak-kanak dari seluruh negara meraikan sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang bertemakan “Hak Kami Masa Depan Kami”.

Beliau berkata tema itu dipilih sebagai simbolik kepada pengiktirafan kerajaan terhadap kanak-kanak selaku tunjang harapan dan aspirasi untuk masa depan negara.

Pelbagai program diadakan bermula September lepas bersempena dengan sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang dilaksanakan Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak.

Program itu antaranya Pertandingan Khalifah Junior, Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak, Pertandingan Kemahiran Junior Skills Challenge, Program Kerja Berpasukan Pemerkasaan Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) dan Persidangan MPKK 2023. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings