the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Op Tapis: Penjawat awam, pelajar antara 940 ditahan

KOTA BHARU: Tiga penjawat awam membabitkan pembantu kesihatan, anggota polis dan tentera serta dua pelajar sekolah antara 940 individu ditahan berkaitan dadah menerusi Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bermula 21 Mac lalu hingga semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kesemua penjawat awam yang ditahan berusia dalam lingkungan 30-an manakala pelajar sekolah terbabit berusia 15 tahun.

Katanya, daripada jumlah individu yang ditahan itu, seramai 901 adalah warga tempatan manakala 39 adalah warga asing.

“Polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM763,429 selain menyita pelbagai barangan kemas, kenderaan dan wang tunai berjumlah RM116,281.

“Kesemua yang ditahan telah melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Langkah-Langkah Pencegahan Khas dan Akta Racun 1952,“ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai paras air Sungai Golok yang semakin cetek sehingga dibimbangi mengundang kegiatan penyeludupan, Muhamad Zaki berkata pihaknya akan memantau sekiranya terdapat ‘lokasi panas’ baharu wujud di sempadan Malaysia-Thailand.

“Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan tetap memantau kawasan sempadan terutama apabila air Sungai Golok cetek, apa sahaja boleh berlaku terutamanya penyeludupan barangan mahupun pendatang tanpa izin,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings