the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pahang pertimbang penglibatan NGO bantu pendaftaran PADU

RAUB: Kerajaan Pahang sedia mempertimbangkan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) supaya tiada yang tercicir.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang Fadzli Mohamad Kamal berkata cadangan itu akan dikemukakan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) minggu depan.

“Perkara ini perlu dibincangkan, siapa yang perlu dipertanggungjawabkan kerana perkongsian data adalah perkara yang sangat sensitif dan sudah pasti kita tidak mahu data disalahgunakan,“ katanya kepada pemberita pada Sesi Penerangan Pendaftaran PADU di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Krau hari ini.

Beliau berkata pendekatan dan gerak kerja khusus diperlukan bagi memastikan mereka di kawasan pedalaman yang tiada capaian Internet atau penempatan Orang Asli, tidak tercicir daripada didaftarkan dengan Sistem PADU.

“Walaupun pendaftaran dibuka sehingga Mac, kita memikirkan Januari dan Februari sebagai waktu kritikal memandangkan Mac sudah masuk bulan puasa.

“Kita juga mempunyai masa pada Mac untuk mengejar kawasan tertentu (yang kurang pendaftaran),“ katanya dan menambah sebanyak 1.1 juta rakyat negeri itu disasarkan untuk membuat pendaftaran.

Justeru Fadzli menggesa rakyat Pahang supaya segera mendaftar dan mereka yang mempunyai kemusykilan atau mahu membuat pendaftaran boleh ke 111 PEDi di negeri itu bagi mendapatkan bantuan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

KBS assessing possibility of Malaysia hosting F1 race

KBS is actively holding discussions and conducting assessments on the possibility of hosting a Formula 1 (F1) race at the Sepang International Circuit (SIC) to replace the Bahrain Grand Prix (GP) this October.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings