the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pasar basah jadi tumpuan menjelang 1 Syawal

PASIR PUTEH: Pasar basah di kebanyakan tempat di Kelantan hari ini menjadi tumpuan utama orang ramai, bagi membuat persiapan akhir menjelangnya 1 Syawal.

Tinjauan Bernama di pasar basah Siti Hajar di sini mendapati antara premis yang diserbu pelanggan ialah kedai menjual santan segar dan ayam.

Peniaga santan segar Norhafezani Daud, 46, berkata jualannya meningkat dua kali ganda sejak beberapa hari lepas dan menyediakan kira-kira 3,000 biji kelapa sehari.

Beliau berkata bagi memastikan urusan perniagaan lebih lancar di hari-hari akhir Ramadan, dia mula melakukan persiapan membelah dan mengukur kelapa, sebelum masuknya waktu Subuh.

“Memang setiap kali hari raya jualan santan mendapat sambutan tiga kali ganda, oleh itu saya mendapatkan tujuh pekerja tambahan untuk membantu di kedai tahun ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Norhafezani berkata beliau telah menempah kelapa lebih awal daripada pembekal dari Kampung Kulim, Pasir Puteh dan Kampung Beoh, Bachok bagi memastikan bekalan mencukupi untuk jualan, sempena hari raya yang dijual pada harga RM12 sekilogram.

Sementara itu peniaga ayam Mohd Norfarizu, 39, berkata dia menyediakan kira-kira 800 ayam sehari sejak beberapa hari lepas, berbanding 400 ekor pada hari biasa kerana sudah menjangkakan permintaan akan meningkat sekali ganda, menjelang Aidilfitri.

Beliau berkata pada hari ini ,semua ayam yang dijual pada harga RM8.70 sekilogram habis dalam tempoh beberapa jam selepas kedainya dibuka, memandangkan pelanggan membeli dalam jumlah yang banyak.

Dalam pada itu antara barangan lain yang turut mendapat permintaan tinggi hari ini ialah daun palas dan daun kunyit.

Peniaga Norhayati Ahmad, 29, berkata 200 pelepah daun palas dan kira-kira 500 helai daun kunyit yang dijualnya, tidak dapat menampung permintaan pelanggan hari ini.

Beliau berkata daun palas yang dijual pada harga RM1 satu pelepah itu, mula laris sejak seminggu lalu menyebabkan pembekal tidak dapat menyediakan bekalan lebih banyak hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings