the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pasca letusan Gunung Berapi Semeru cetuskan banjir lahar sejuk

LUMAJANG (Jawa Barat): Hujan lebat yang melanda kawasan puncak Gunung Semeru di Lumajang, Jawa Barat pada Isnin (25 Dis) mencetuskan gegaran banjir lahar sejuk selama hampir 1.5 jam selepas letusan berlaku awal hari yang sama, lapor ANTARA.

Seorang pegawai di Pos Pemerhatian Gunung Berapi Semeru Ghufron Alwi berkata berdasarkan pemantauan aktiviti seismik gunung itu, gegaran banjir lahar sejuk itu berlaku pada 25 Dis dari 12 malam hingga 6 petang waktu tempatan.

“Kami mendapati gegaran banjir dengan amplitud 15 mm berlaku selama 5,400 saat (1.5 jam),“ katanya dalam kenyataan bertulisnya di Lumajang pada Isnin.

Aktiviti seismik gunung tertinggi di Pulau Jawa itu turut melibatkan dua gegaran angin kencang dan dua gegaran tektonik jauh, katanya.

“Gunung berapi itu masih boleh dilihat walaupun ada kalanya diselubungi kabus, manakala asap dari kawahnya tidak kelihatan. Cuaca antara cerah kepada hujan, dengan angin lemah hingga sederhana bertiup ke utara dan timur laut,“ katanya.

Sementara itu, Ketua Bidang Pencegahan, Kesiapsiagaan, dan Logistik Badan Penanggulangan Bencana (BPBD) Lumajang Wawan Hadi Siswoyo menggesa penduduk setempat dan pelombong pasir supaya terus berwaspada terhadap aliran lahar sejuk Gunung Semeru.

Beliau berkata gunung berapi itu masih pada tahap siap siaga yang bermakna orang ramai tidak boleh melakukan sebarang aktiviti di tenggara kawasan pergunungan atau berada dalam lingkungan 13 kilometer dari puncak.

Siswoyo turut menggesa orang ramai supaya tidak berada dalam lingkungan 500 meter dari tebing sungai kerana terdapat kemungkinan kawasan itu terjejas oleh awan panas dan aliran lahar serta terdedah kepada batu berbara.

Beliau juga berkata penduduk juga perlu waspada terhadap ancaman awan panas, lahar, dan aliran lumpur gunung berapi di sepanjang sungai dan lembah di kawasan Besuk Kobokan, Besuk Bang, Besuk Kembar, dan Besuk Sat. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings