the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PBAPP: Tiada hujan selepas pembenihan awan

GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan tiada hujan direkodkan semasa atau selepas dua operasi pembenihan awan dilakukan di kawasan tadahan air (KTA) Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang, pada Selasa lepas dan semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya K.Pathmanathan (gambar) berkata perkara itu berkemungkinan disebabkan keadaan atmosfera dan awan yang tidak begitu menggalakkan pada masa tersebut.

“Jika tiada awan, awan tidak mencukupi atau jika suhu udara terlalu tinggi untuk titisan air terbentuk di awan, pembenihan awan mungkin tidak merangsang sebarang hujan dan ia (pembenihan awan) biasanya boleh merangsang lebih banyak hujan jika terdapat awan hujan pada ketinggian tertentu.

“Oleh kerana tiada hujan direkodkan, dua operasi pembenihan awan itu tidak meningkatkan kapasiti efektif kedua-dua empangan buat masa ini,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata PBAPP berharap Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan menugaskan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menjalankan operasi pembenihan awan tambahan di Pulau Pinang pada bulan depan.

Beliau berkata kapasiti efektif Empangan Air Itam adalah rendah pada 5 Feb lepas namun meningkat sebanyak 4.2 peratus menjadikannya daripada 32.8 peratus kepada 37 peratus pada hari ini.

“Walaupun terdapat hanya 45 milimeter (mm) hujan di KTA Empangan Air Itam dan cuaca panas, peningkatan ini adalah kerana pelaksanaan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024),“ katanya.

Pathmanathan berkata menerusi AIDAP 2024, PBAPP mengurangkan pelepasan harian dari Empangan Air Itam sebanyak 75 peratus menyaksikan pengeluaran air terawat Loji Rawatan Air (LRA) Empangan Air Itam juga menurun sebanyak 66 peratus.

Katanya dalam usaha memastikan bekalan air mencukupi di Air Itam, PBAPP mengepam 33 juta liter air terawat sehari dari LRA Sungai Dua di Seberang Perai ke kawasan perkhidmatan LRA Air Itam.

“Kejayaan AIDAP 2024 bagi mempertahankan Empangan Air Itam sehingga musim hujan berikutnya bergantung kepada tiga faktor utama iaitu ketersediaan air terawat yang mencukupi dari LRA Sungai Dua dan air mentah dari Sungai Muda, Kedah.

“Selain itu, faktor aliran masuk air mentah yang mencukupi ke lima muka sauk air mentah bagi Empangan Air Itam dan LRA Air Itam di Pulau Pinang dan faktor ketiga adalah penggunaan air secara berhemat oleh 30,000 pengguna air di kawasan perkhidmatan bekalan air Air Itam,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings