the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pegawai SPRM dipinjam ke MITRA, pantau pengurusan dana

PUTRAJAYA: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menganggotai Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) bagi membantu dalam memantau pengurusan dana, kata Pengerusinya Datuk R Ramanan (gambar).

Beliau berketa langkah berkenaan dapat memastikan dana unit tersebut digunakan sepenuhnya dan diagihkan dengan lebih telus untuk pembangunan dan kemajuan masyarakat India.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) kerana beliau telah memberikan pegawainya yang akan turut hadir (semasa mesyuarat) serta akan membimbing kami dalam memastikan tiada salah urus (dana) berlaku,” katanya pada sidang media di sini hari ini,

Langkah berkenaan akan memastikan pelaksanaan dan pengurusan MITRA lebih telus, selain memastikan setiap pemohonan melalui proses tapisan yang lebih jelas, katanya.

Ramanan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azam pada Selasa lepas bahawa siasatan SPRM berhubung penyelewengan dana MITRA telah selesai dan individu terlibat juga sudah didakwa di mahkamah. Azam juga dilaporkan telah mengemukakan kepada MITRA saranan serta nasihat mengenai prosedur lemah unit itu.

Pada 2021, lebih 300 syarikat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan disiasat berhubung dakwaan penyelewengan geran peruntukan bernilai RM203 juta yang dikeluarkan oleh MINTRA sejak 2019.

Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer yang juga Ahli Jawatankuasa MINTRA yang turut hadir dalam sidang media itu berkata beliau yakin pada masa hadapan, persepsi terhadap unit itu akan berubah.

“Saya juga yakin, di bawah pimpinan pengerusi dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, tujuan dan matlamat MITRA akan tercapai dan kita akan pastikan lebih banyak rakyat Malaysia berbangsa India akan dapat dibantu,” katanya.

Mengenai perancangan MITRA pada tahun hadapan yang dibincangkan pada mesyuarat hari ini, Ramanan berkata pihaknya akan lebih fokus terhadap status program sosioekonomi dan pendidikan masyarakat India di Malaysia.

Menurutnya, lebih 10,000 pelajar telah mendapat peruntukan dana MINTRA dengan 7,000 telah menerima bantuan pada tahun ini berjumlah kira-kira RM30.96 juta. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings