the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penganggur terlepas tuduhan bunuh bapa saudara

TAIPING: Seorang penganggur dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh bapa saudaranya setelah Mahkamah Tinggi di sini mendapati dia tidak siuman ketika melakukan perbuatan itu tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Noor Ruwena Md Nurdin ketika membaca penghakimannya berkata kes tersebut tidak perlu dipanggil untuk pembelaan susulan mahkamah berpuas hati dengan laporan dan keterangan saksi iaitu seorang psikiatri yang mengesahkan tertuduh mempunyai penyakit Skizofrenia sejak 2009.

“OKT (orang kena tahan) juga mempunyai kebergantungan kepada dadah yang memburukkan lagi keadaan.

“OKT berada dalam keadaan mental yang tidak waras dan tidak sedar akan sifat dan akibat daripada perbuatannya serta tidak mampu untuk mengetahui bahawa perbuatannya adalah salah dan bertentangan dari segi undang-undang,“ katanya.

Beliau berkata ketidakwarasan tertuduh juga dibuktikan apabila tertuduh tidak cuba menghapuskan bukti apabila batu-bata yang dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan masih berada di tempat kejadian.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh Ahmad Tarmizi Harun, 33, dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan mengikut Seksyen 348 Kanun Tatacara Jenayah.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Tarmizi yang masih bujang didakwa membunuh Ahmad Halim Bahari, 61, di halaman rumah di Kampung Piang, Mukim Kerunai, Gerik pada 10 Nov 2020 yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Bagaimanapun susulan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846), dia boleh dikenakan hukuman penjara 30 hingga 40 tahun dan sebatan tidak kurang dari 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sally Chai Mei Ling manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings