the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penghantar makanan maut motosikal terbabas

GEORGE TOWN: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditungganginya disyaki terbabas sendiri dan terlanggar pembahagi jalan ketika melalui Jalan Bukit Gambir, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Razlam Ab Hamid berkata mangsa merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun dan berasal dari Balik Pulau disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecedaraan parah.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 3.30 petang memaklumkan mengenai kemalangan itu dan berdasarkan siasatan awal, ketika kejadian mangsa datang dari arah Bukit Jambul menghala ke Jalan Yeap Chor Ee melalui Jalan Bukit Gambir.

“Bagaimanapun, setibanya di lokasi mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16 dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

“Akibat daripada impak perlanggaran, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings