the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perak peruntuk RM600,000 untuk 3,000 bayi lahir tahun ini

IPOH: Kerajaan negeri menerusi Yayasan Perak memperuntukkan sejumlah RM600,000 kepada Tabung Simpanan Anak Perak (TASPEN) yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 bayi dilahirkan di negeri ini sepanjang 2024.

Yayasan Perak dalam kenyataan memaklumkan peruntukan itu melibatkan sumbangan dalam bentuk simpanan pendidikan sebanyak RM200 seorang ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime.

“Sumbangan itu merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam menggalakkan simpanan pendidikan bagi anak-anak kelahiran Perak. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada Program Tuisyen Cikgu Saarani,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan kerajaan negeri telah memperuntukkan kira-kira RM6.47 juta dengan 32,351 bayi kelahiran Perak menerima manfaat tersebut sejak ia diwujudkan pada 2010 dan Yayasan Perak diamanahkan menguruskan sumbangan berkenaan bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Yayasan Perak memaklumkan setiap RM200 disumbangkan akan disimpan dalam Akaun SSPN Prime, yang direka khusus sebagai akaun tabungan pendidikan jangka panjang dengan kadar pulangan dan kelebihan tertentu ditawarkan pihak PTPTN.

“Menjadi harapan kerajaan negeri melalui Yayasan Perak agar simpanan permulaan sebanyak RM200 ini terus ditambah dari semasa ke semasa hingga anak-anak ini mencapai usia 18 tahun.

“Sebagai contoh, dengan simpanan RM50 sebulan atau RM600 setahun, ibu bapa akan mempunyai tabungan hampir RM16,000 berdasarkan kadar pulangan empat peratus setahun (pada usia anak 18 tahun) dan jumlah ini tentu akan meningkat jika simpanan setiap bulan itu lebih tinggi,“ menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Pengerusi Yayasan Perak meraikan bayi yang dilahirkan pada Tahun Baharu 2024 dengan menyampaikan baucar TASPEN sebanyak RM200 seorang di Wad Bersalin, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini hari ini.

HRPB merekodkan 18 kelahiran ‘bayi tahun baharu’ semalam dan sebagai permulaan sebanyak RM10,000 telah disampaikan kepada bayi yang dilahirkan di hospital itu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings