the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) perlu sentiasa memperbaharui dasar dan program perlindungan pekerja selaras perkembangan semasa, terutama risiko terkini seperti perubahan iklim, teknologi, pola ekonomi serta pasaran kerja.

Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong (gambar), ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang di sini hari ini.

“Seluruh dunia sedang berkembang pesat. Andai kita masih di takuk lama, kita akan ketinggalan. Lipat gandakan usaha, sematkan tekad perjuangan kita demi limpah manfaat masyarakat,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Perkeso, hari ini.

Turut sama dalam rangka lawatan itu Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Menurut kenyataan Perkeso delegasi menteri dan timbalan menteri yang tiba 11 pagi itu, dibawa meninjau operasi di kaunter sebelum menghadiri taklimat khas oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Turut diperincikan dalam taklimat berkenaan ialah perkembangan isu semasa, termasuk insiden pencerobohan siber pada 2 Dis, yang ketika ini di peringkat siasatan forensik dalaman.

Sim yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia susulan rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa, sementara Abdul Rahman sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings