the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pertemuan Anwar, Hsien Loong esok bakal perkukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Singapura

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong esok, pertemuan yang disifatkan sebagai satu lagi peristiwa penting dalam hubungan dua hala apabila kedua-dua pemimpin mengesahkan komitmen mereka dalam dua projek mega.

Kedua-dua pemimpin akan mempunyai jadual yang sibuk esok kerana mereka akan menghadiri dua majlis peringkat tinggi yang mempunyai kepentingan kepada kedua-dua negara.

Pada sebelah pagi, kedua-dua pemimpin dijadual melawat projek Sistem Transit Aliran (RTS LINK) di sini dan akan diberikan taklimat mengenai maklumat terkini kemajuan projek bernilai berbilion ringgit itu.

Link RTS ialah projek laluan kereta api ulang alik sepanjang kira-kira empat kilometer dengan dua stesen, satu di Bukit Chagar, Johor Bahru dan satu lagi di Woodlands North, Singapura.

MRT Corp telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan bahagian Malaysia sepanjang 2.7 kilometer bagi rangkaian rel dan struktur yang diperlukan dan operasi itu akan dijalankan secara bersama-sama dengan Prasarana Malaysia Bhd dan SMRT Corp Ltd dari Singapura.

Setelah siap kelak, RTS Link akan menjadi jambatan darat ketiga ke Singapura dan dijangka dapat mengurangkan lagi kesesakan teruk yang sentiasa dialami di Tambak Johor.

Selain RTS, Anwar dan Lee kemudiannya akan menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) antara Malaysia dan Singapura.

Idea penubuhan zon itu pertama kali dicetuskan oleh Menteri Ekonomi Malaysia Rafizi Ramli selepas pertemuan dengan kerajaan negeri Johor di Iskandar Puteri pada Mei tahun lepas dan dua bulan selepasnya (Julai) kedua-dua negara bersetuju untuk mengorak langkah lebih jauh dengan menubuhkan pasukan petugas khas untuk mengkaji daya maju penubuhan zon ekonomi khas tersebut.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengalu-alukan idea tersebut dan menyatakan bahawa “kejayaan” zon ekonomi itu boleh membawa kepada pengembangan pesat seperti bandar Shenzhen di China, yang telah berubah daripada sebuah bandar kecil berpenduduk kira-kira 300,000 orang kepada bandar raya metropolis antarabangsa berteknologi tinggi yang didiami lebih 17 juta orang selepas empat dekad.

Pada 2022, Johor dilaporkan menerima pelaburan asing bernilai RM70.6 bilion dalam pelbagai sektor.

Singapura yang merupakan pelabur asing kedua terbesar di negeri itu, menyumbang kira-kira 70 peratus daripada jumlah pelaburan langsung asing (FDI) Johor dalam sektor pembuatan.

Justeru, pewujudan zon ekonomi baharu bukan sahaja akan mengukuhkan lagi aktiviti perdagangan dan perniagaan rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura tetapi juga bakal menjadi hab ekonomi menarik di rantau Asia. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings