the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM luang masa tinjau perjalanan KEB 2024

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meninjau perjalanan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

KEB 2024, yang dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu, diadakan bagi menetapkan hala tuju, dasar dan pendekatan baharu agenda pemerkasaan bumiputera.

Ketibaan Perdana Menteri pada kira-kira 4 petang di PICC disambut oleh Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum beliau meluangkan masa mengikuti sesi Diskusi MADANI bertajuk ‘Aspirasi Perpaduan Memperkukuh Agenda Bumiputera.’

Sesi itu menampilkan tiga anggota panel iaitu Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong serta Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan.

Anwar memilih untuk mengikuti sesi itu di tempat duduk media berbanding tempat duduk kenamaan seperti kelaziman sebelum melawat reruai yang disediakan sepanjang KEB 2024.

Sepanjang tempoh hampir sejam itu, beliau turut meninjau produk tempatan yang dipamerkan selain menikmati kopi jenama tempatan bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di reruai MARA.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucaptama KEB 2024 hari ini mencadangkan pelaksanaan Transformasi Ekonomi Bumiputera sebagai satu dasar untuk mengorak langkah ke hadapan.

KEB 2024, yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir pada 2 Mac, membabitkan pembentangan dapatan Sesi Libat Urus meliputi 10 kumpulan.

Kumpulan terbabit ialah Reformasi Pendidikan dan Modal Insan; Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Pilihan Kerjaya Utama; Pengukuhan Industri Halal; Pembangunan Desa dan Pemerkasaan Masyarakat Orang Asli; Penciptaan Kekayaan dan Penguasaan Korporat; Daya Saing Perusahaan Bumiputera; Penguasaan Teknologi Baharu; Felda dan Tanah Wilayah; Sosioekonomi Bumiputera Sabah serta Sosioekonomi Bumiputera Sarawak. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings