the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM: NCER disasar catat RM367.8b pelaburan direalisasi menjelang 2030

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) mencatatkan RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang 2030 dan menjadi hab ekonomi dan teknologi bertaraf dunia menerusi tiga bidang tumpuan baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata tiga bidang tumpuan baharu tersebut adalah Perkhidmatan Termaju, Pembuatan Bernilai Tinggi dan Pertanian Moden.

Beliau berkata dua pemacu perubahan yang akan menyokong perancangan tersebut adalah amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan pelaksanaan penggunaan digital.

Anwar berkata Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Ke-31 yang dipengerusikannya hari ini telah meneliti beberapa perkara utama berkaitan dengan Pelan Pembangunan Strategik NCER 2024-2030.

“Bagi tempoh 2021 hingga 2022, NCER telah menyumbang 34 peratus (RM197 bilion) daripada jumlah pelaburan yang diluluskan,“ kata beliau menerusi hantaran di laman X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) hari ini.

Perdana Menteri berkata mesyuarat itu juga membincangkan tentang inisiatif “Facilitation@NCER” dalam usaha memacu dan merealisasikan pelaburan di wilayah koridor berkenaan.

“Ini akan melibatkan koordinasi dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi tujuan kemudahan akses maklumat, pengurusan perhubungan pelaburan, penyesuaian perkhidmatan dan guna pakai platform pengurusan digital On-Track,“ katanya.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi serta barisan Menteri Besar yang berkenaan sebagai Ahli Majlis NCIA. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings