the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis nafi beri layanan istimewa kepada pegawai kanan polis

IPOH: Polis menafikan wujud layanan istimewa susulan kawalan ketat terhadap pegawai kanan polis yang didakwa Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh pelajar lelaki tingkatan lima, Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris (gambar) berkata tindakan itu merupakan prosedur biasa dilakukan terhadap mana-mana orang kena tuduh (OKT) yang dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan.

“Ini merupakan prosedur biasa yang dikenakan terhadap OKT bermula diiringi anggota polis daripada lokap balai untuk dibawa ke mahkamah seterusnya ke hadapan hakim.

“Dalam kes ini OKT adalah pesalah biasa, kita tidak anggap berprofil tinggi pun cuma kes yang dihadapi menarik perhatian, jadinya kita perlu adakan kawalan yang ketat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke kediaman keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, di sini hari ini.

Azizi berkata pihaknya memberi jaminan siasatan menyeluruh terhadap pegawai kanan berpangkat DSP dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu akan dilakukan secara adil dan telus.

“Ia juga sejajar dengan saranan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. Buat masa ini tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kini ditahan di Penjara Taiping sementara menunggu perbicaraan akan datang,” katanya.

Terdahulu, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang didakwa membunuh Muhammad Zaharif telah dibawa ke Kompleks Mahkamah Ipoh di sini hari ini, dalam keadaan dikawal ketat.

Kehadirannya bagi prosiding kes itu diiringi lima anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang berpakaian gelap dan memakai topeng muka. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings