the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Sarawak rampas dadah bernilai lebih RM630,000

KUCHING: Polis Sarawak merampas dadah pelbagai jenis bernilai lebih RM639,000 dalam serbuan berasingan di kawasan Miri, bahagian utara Sarawak pada Jumaat lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata dalam operasi pukul 10 malam itu, dua lelaki, masing- masing berumur 26 dan 33 tahun yang menjadi pengedar dadah dengan upah antara RM2,000 hingga RM5,000 turut ditahan.

“Lelaki berumur 26 tahun itu telah ditangkap di hadapan sebuah pusat hiburan di Miri dan merampas 31.73 gram dadah jenis syabu.

“Berikutan itu, dengan dipandu arah oleh suspek, pasukan polis telah menahan seorang lelaki berumur 33 tahun di sebuah kondominium dan merampas sejumlah 16,197 gram syabu, 198 gram ketamin dan 3,750 biji pil Erimin 5,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mancha berkata jumlah keseluruhan rampasan dadah yang bernilai RM639,250 itu dianggarkan boleh digunakan oleh sejumlah 85,194 penagih.

“Polis turut menyita sebuah kenderaan jenis Proton Wira bernilai RM10,000 dan seutas jam tangan bernilai RM5,000.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati positif methamphetamine dan amphetamine,” katanya.

Menurut beliau, siasatan setakat ini mendapati suspek pertama mempunyai empat rekod jenayah lampau, manakala suspek kedua 12 rekod iaitu masing-masing enam di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan enam di bawah Kanun Keseksaan.

Mancha berkata kedua-dua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika dikenakan hukuman penjara, boleh dikenakan hukuman hingga 12 kali sebatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings