the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Sarawak siap siaga hadapi Monsun Timur Laut

KUCHING: Sebanyak 1,262 pegawai dan anggota polis Sarawak bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan ini hingga Mac tahun hadapan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata selain itu, pelbagai aset juga telah disediakan yang boleh digerakkan pada bila-bila masa.

“Sejumlah 1,069 aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada aset darat, laut, udara dan sokongan akan digunakan dalam pengoperasian bersama agensi penyelamat yang lain.

“Jumlah aset darat sebanyak 317 buah termasuk sebuah ambulans, kenderaan pacuan empat roda (109), van (35), kereta (119), lori (52) dan sebuah bas, manakala 647 buah melibatkan aset laut antaranya bot sebanyak 59, enjin bot (72), jet ski (3) dan 504 unit jaket keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Astaka dan Dewan Terbuka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.

Mohd Azman berkata dari segi aset udara pula, sebanyak tiga pesawat berserta lapan unit dron akan digunakan, manakala 94 aset sokongan seperti set jana kuasa dan khemah juga turut tersedia.

Dalam perkembangan lain, Mohd Azman berkata jenayah indeks kontinjen Sarawak pada Januari hingga Oktober tahun ini menunjukkan penurunan kepada 3,281 kes berbanding 3,312 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

“Keadaan jenayah di Sarawak pada umumnya masih berada pada tahap yang rendah dan terkawal, perbandingan ini menunjukkan penurunan sebanyak 31 kes,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings