the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Sarawak tumpas sindiket cuci dadah sebelum edar

KUCHING: Polis Sarawak buat pertama kalinya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang beroperasi di negeri ini dengan cara mencuci dadah jenis syabu dan ketamin dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Batu Kawa dekat sini, Jumaat lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata (gambar) berkata dalam serbuan jam 4.30 petang itu, dua lelaki tempatan yang berusia antara 26 hingga 29 tahun telah ditahan di premis berkenaan yang disewa suspek.

“Polis merampas 11.9 kilogram dadah syabu dan 66 gram dadah ketamin yang dianggarkan bernilai RM394,000. Turut disita, harta milik suspek bernilai RM62,345.60 melibatkan kereta, beg tangan dan seutas rantai.

“Kedua-dua suspek ini berasal dari Sabah dan kita percaya mereka sudah beroperasi sejak 2022. Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek berusia 29 tahun positif amphetamine, methamphetamine dan ketamin manakala seorang lagi suspek negatif dadah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.

Menurutnya, 22 jenis peralatan untuk mencuci dadah juga dirampas termasuk bikar kaca, penapis besi, cawan penyukat kaca serta alat penimbang elektronik.

Beliau berkata kedua-dua suspek menerima upah antara RM10,000 hingga RM25,000 serta mendapatkan bekalan dadah dari Semenanjung Malaysia untuk diedarkan di sekitar Kuching dan daerah berdekatan.

Mancha berkata kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, beliau berkata bagi tempoh 1 Jan hingga semalam, polis telah menangkap seramai 2,887 orang membabitkan kesalahan jenayah narkotik termasuk 169 pengedar dadah.

“Pelbagai jenis dadah bernilai RM9.2 juta telah dirampas dan harta milik ahli sindiket bernilai RM1.4 juta telah disita,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings