the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan penganggur bersama 1,800 pil yaba

TANAH MERAH: Polis menahan seorang penganggur bersama 1,800 biji pil yaba di depan sebuah rumah di Kampung Bukit Kecik di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah (gambar) berkata lelaki berumur 28 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Panau selepas mendapat maklumat awam kira-kira 5.15 petang.

“Ketika serbuan suspek cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan. Pemeriksaan lanjut terhadap tubuh suspek menemukan 1,800 biji pil yaba dianggarkan bernilai RM19,800,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Haki berkata ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan memiliki enam rekod lampau berkaitan dadah.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 21 Dis bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN chief says campaign claims don’t reflect reality

Barisan Nasional chairman Ahmad Zahid Hamidi dismisses claims of a lacklustre campaign as political perception, insisting the coalition's machinery is in full swing for the Johor state polls.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings