the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis: Tiada pergerakan tanah signifikan dikesan di Puchong

PUCHONG: Tiada pergerakan tanah signifikan dikesan berlaku di kawasan tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14 di sini, walaupun kejadian bencana alam itu sudah memasuki hari ketiga.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A. Anbalagan (gambar) berkata ketika ini hanya terdapat beberapa takungan air di bahagian bawah runtuhan tanah itu serta sedikit pergerakan pada pokok-pokok serta jalan tar di kawasan berkenaan.

Beliau berkata jika berlaku pergerakan tanah sekali pun ia susulan penanaman cerucuk besi yang berkemungkinan boleh menyebabkan berlaku gegaran.

“Gegaran daripada sheet piling itu juga berkemungkinan menyebabkan tanah yang masih longgar dan tidak padat lalu menyebabkannya (tanah) jatuh,” katanya kepada pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian hari ini.

Selain itu, Anbalagan berkata kerja-kerja pemotongan wayar di deretan lorong kawasan perumahan kejadian tanah runtuh itu dibuat bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan cerucuk, dan setakat ini hanya enam cerucuk besi ditanam hari ini.

Sementara itu, Pegawai Daerah dan Tanah Petaling Rahilah Rahmat berkata Jabatan Mineral dan Geosains serta Jabatan Kerja Raya (Bahagian Cerun & Forensik) akan meneruskan pemantauan di lokasi kejadian.

Seorang penduduk Lai Seong Yik, 48, yang menetap di kawasan itu selama 30 tahun berkata beliau bergegas pulang dari China semalam sejurus mendapat tahu bahawa rumahnya terlibat dalam kejadian tanah runtuh.

“Selama saya menetap, tidak pernah berlaku tanah runtuh dan ia merupakan pertama kali berlaku di kawasan ini. Buat sementara, saya akan menetap di rumah saudara,” katanya.

Seorang lagi penduduk Low Mee Yeng, 69, pula menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan beliau dan ahli keluarganya yang tinggal selang beberapa rumah dari kawasan terjejas insiden tanah runtuh itu.

“Bekalan air teputus, bekalan elektrik pun kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada,” katanya menambah sejak menetap di kawasan berkenaan selama 24 tahun, ia merupakan kejadian pertama seumpama itu berlaku di sekitar kawasan tersebut.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati tiada arahan baharu dikeluarkan untuk penduduk lain bagi mengosongkan rumah mereka. Kerja-kerja pemasangan cerucuk besi diteruskan seperti biasa.

Pada Sabtu lepas, seramai 29 penghuni sembilan rumah teres di Taman Wawasan Puchong diarah berpindah atas faktor keselamatan berikutan kejadian tanah runtuh berhampiran rumah mereka. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings