the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran ganja yang diseludup dari negara jiran hingga 100 kilogram (kg) seminggu menggunakan perkhidmatan kurier dengan penahanan lapan individu pada Khamis lepas dan semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa (gambar) berkata sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara termasuk dalam bentuk kek ‘brownie’ dan pesanan dihantar kepada pelanggan menggunakan syarikat kurier tempatan.

“Sindiket juga menggunakan beberapa perkhidmatan keldai dadah untuk menghantar dadah itu ke syarikat kurier bagi penghantaran termasuk ke Sabah dan Sarawak.

“Siasatan mendapati sindiket itu menggunakan aplikasi Telegram untuk membuat pesanan ganja antara 30kg hingga 100kg seminggu pada harga antara RM800 hingga RM1,000 sekilogram bergantung kepada gred daripada pembekal di negara jiran,“ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini.

Beliau berkata modus operandi sindiket terbabit dibongkar oleh orang awam yang membawa kepada penahanan enam lelaki dan dua wanita itu dalam enam serbuan secara berasingan di sekitar ibu negara serta rampasan 94.8kg ganja dianggarkan bernilai RM293,830.

Rusdi berkata siasatan mendapati sindiket itu aktif sejak dua tahun lepas dan menyewa kondominium mewah yang dikawal pengawal keselamatan sebagai tempat memproses dan menyimpan dadah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Menerusi kesemua serbuan, polis turut merampas beberapa peket makanan arnab dan percaya antara modus operandi sindiket itu antaranya mengirim dadah dalam bungkusan makanan arnab bagi mengaburi syarikat kurier dan pihak berkuasa.

“Kesemua suspek berusia antara 24 hingga 42 tahun itu tiada pekerjaan tetap dan menjadikan pengedaran dadah sebagai punca pendapatan utama,“ katanya sambil menambah polis sedang mengesan saki-baki ahli sindiket yang masih bebas.

Menurut Rusdi polis turut merampas wang tunai RM34,000, sebuah motosikal serta pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk membungkus dadah.

Lima daripada individu terbabit, katanya direman hingga 29 April ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala tiga lagi dibebaskan kerana polis tidak berjaya membuat permohonan reman terhadap mereka.

Beliau berkata semakan mendapati tiga daripada suspek yang direman mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah manakala dua lagi positif terhadap ganja.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings