the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tumpaskan sindiket pecah rumah, tahan enam individu termasuk 2 warga Columbia

SHAH ALAM: Polis menumpaskan sindiket pecah rumah selepas menahan enam individu termasuk dua lelaki warga Colombia, dalam serbuan di beberapa lokasi sekitar Selangor dan Kuala Lumpur 3 Jan lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki warga Colombia dan empat warga tempatan termasuk dua wanita yang berusia 45 hingga 62 tahun.

Beliau berkata sindiket itu bergerak aktif sejak Oktober lepas dengan menyasarkan rumah-rumah mewah dan menyamar sebagai penghantar barang bagi mengelak kegiatan dikesan.

“Sekiranya rumah itu didapati kosong dan tiada penghuni, mereka akan memecah masuk dan hasil curi akan diserahkan kepada pembeli, iaitu wanita tempatan berusia 55 tahun di sebuah pusat membeli belah sekitar Lembah Klang,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Mohd Shuhaily berkata dengan tertumpasnya kumpulan penjenayah itu pihaknya berjaya menyelesaikan 19 kes pecah rumah iaitu 10 di Selangor manakala bakinya di Johor, membabitkan kerugian RM1.9 juta.

Susulan penahanan itu, katanya polis kemudian membuat pemeriksaan di lima lokasi berasingan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan merampas pelbagai barangan antaranya 64 jam tangan berjenama, 79 jenis barang kemas, 146 keping mata wang asing pelbagai negara serta wang tunai RM1,821.

“Kesemua suspek direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu Mohd Shuhaily berkata polis sehingga kini menerima 75 laporan berhubung gerakan Langkah Dubai setakat pukul 7 pagi tadi, dan ia sedang disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan.

Katanya polis juga sedang meneliti kenyataan penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin dalam video di laman sosial YouTube miliknya yang mendakwa kononnya Ahli Parlimen PAS bakal ditangkap di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

Katanya walaupun tiada laporan polis diterima setakat ini berhubung perkara itu, pihaknya sedang menyiasat kenyataan penulis blog berkenaan, termasuk berkaitan elemen kegusaran awam kerana mengajak orang ramai ke jalan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings