the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK Kemaman: Mohamed Affandi nampak garang, sebenarnya mudah didekati – Veteran ATM

KEMAMAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dikenali sebagai seorang yang sangat fokus kepada perkhidmatan.

Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Jen (B) Tan Sri Zulkiple Kassim yang memang kenal dengan Raja Mohamed Affandi hampir 40 tahun berkata personaliti yang ditampilkan beliau bukanlah sesuatu yang dibuat-buat, sebaliknya ia memang watak sebenar bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) itu.

“Saya memang mengenali beliau secara mendalam. Kalau kita lihat ucapan dia tadi, itulah dia. Dia adalah seorang yang terlalu fokus kepada perkhidmatan.

“Dalam tentera dulu pun dia memang fokus dengan tanggungjawab apa yang perlu dibuat,” katanya ketika ditemui Bernama selepas sesi perjumpaan Raja Mohamed Affandi bersama veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini, hari ini.

Ini adalah hari ketiga kempen PRK itu yang menyaksikan bekas Panglima Angkatan Tentera itu berdepan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS pada PRK berkenaan dalam pertandingan satu lawan satu.

Zulkiple percaya Raja Mohamed Affandi benar-benar ikhlas untuk berbakti kepada warga Kemaman dan PRK ini adalah peluang yang baik baginya untuk merealisasikan hasrat itu.

“Saya lihat pendirian dia ini lebih sebagai seorang individu yang ingin menabur jasa. Jadi dia melihat peluang untuk menjadi Ahli Parlimen ini satu ruang untuk dia meneruskan aspirasi dia untuk menabur jasa kepada kawasan Kemaman.

“Dia membesar di Kemaman, jadi saya fikir dalam pemikiran dia inilah tempat yang paling baik untuk dia mulakan jasa dia kepada rakyat,” katanya.

Zulkiple dilantik sebagai PTD ke-26 pada tahun 2016 bagi menggantikan Raja Mohamed Affandi yang dilantik sebagai PAT ke-19.

Sementara itu bekas Panglima Dua Divisyen Mej Jen (B) Datuk Mohd Ramli Jaafar yang mengenali Raja Mohamed Affandi sejak 1981 berkata walaupun nampak seperti seorang yang berperwatakan garang, namun beliau adalah seorang yang mudah didekati dan penyabar orangnya.

Mohd Ramli berkata antara perkara yang paling diingati sepanjang bekerja di bawah Raja Mohamed Affandi adalah bagaimana beliau telah menggerakkan asset-aset tentera darat bagi membantu banjir besar yang melanda daerah Kemaman pada tahun 2013.

“Ketika banjir besar berlaku pada tahun 2013 itu, beliau telah mencipta satu mekanisme untuk membolehkan mangsa banjir ni, apabila terperangkap sahaja, kita bawa ke pusat perlindungan, semua kemudahan tersedia termasuk makanan,” katanya.

Beliau berkata dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki, pastinya Raja Mohamed Affandi akan dapat membantu menyumbang kepada pembangunan Terengganu sekiranya diberikan mandat pada PRK nanti.

“Sekiranya beliau dipilih pastinya Kemaman ini akan menjadi hub dan laluan masuk untuk pembangunan-pembangunan di seluruh Terengganu sebab beliau mempunyai kotak pemikiran yang luar biasa,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu Raja Mohamed Affandi meluangkan masa selama hampir dua jam menyantuni veteran-veteran ATM yang terdiri daripada pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Kemaman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 Nov ini bagi tarikh mengundi awal, manakala 2 Dis bagi hari mengundi untuk PRK Kemaman yang perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada PRU15.

Seramai 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 387 anggota polis, sembilan anggota tentera dan 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings