the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK Pelangai: Polis buka satu kertas siasatan

KUANTAN: Polis telah membuka satu kertas siasatan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai bermula Sabtu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman (gambar) berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Yahaya berkata sebanyak 24 permit ceramah telah diluluskan bagi kempen PRK DUN Pelangai setakat ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai terutama penyokong parti politik supaya sentiasa menjaga tatasusila dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sepanjang tempoh kempen.

PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Datuk Amizar Abu Adam yang mewakili Barisan Nasional (BN), Kasim Samat (Perikatan Nasional) dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 7 Okt ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings