the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Program Jualan Agro Madani lebihi sasaran nilai jualan, dimanfaat lebih 6 juta isi rumah

CHUKAI: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berjaya mencatatkan nilai jualan Program Jualan Agro MADANI melebihi sasaran yang ditetapkan untuk tahun ini, iaitu sebanyak RM80.5 juta.

Pengerusinya Aminuddin Zulkipli berkata berdasarkan laporan pencapaian setakat 26 Nov, program yang dilancarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada April lepas itu, telah melebihi sasaran awal jualan untuk tahun ini iaitu RM39 juta atau 206 peratus.

“Angka tersebut berjaya dicapai menerusi pelaksanaan 4,429 program, walaupun sasaran jumlah program kita ialah sebanyak 5,000.

“Program yang memfokuskan kepada penawaran produk makanan asas utama ini juga setakat 26 Nov, sebenarnya telah memberi manfaat kepada 6.4 juta isi rumah dengan nilai penjimatan sebanyak RM24.1 juta,” katanya kepada Bernama selepas hadir ke program sama di Pasar Tani Kekal Kerteh, di sini hari ini.

Aminuddin berkata melihat kepada pencapaian tersebut, pihaknya akan melakukan kajian kebolehlaksanaan, untuk memastikan FAMA kekal berada dalam keadaan berkemampuan sebelum menyasarkan jumlah penjualan yang lebih besar untuk tahun hadapan.

“… sebab kita duduk dalam pasaran ini ia bukan ikut permintaan sahaja, tetapi bergantung kepada bekalan juga. Jadi, FAMA akan buat kajian sebelum bentangkan kepada kementerian untuk sasaran seterusnya, terutamanya dari segi bekalan.

“Sudah tentu masih ada ruang penambahbaikan yang boleh diambil dan sebab itu suka untuk kita kongsikan pencapaian ini, kerana ia akan menarik minat lebih ramai pengusaha dan pembekal untuk turut serta dalam jualan seterusnya,” katanya.

Program yang merupakan penjenamaan semula daripada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) itu, dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings