the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$110.5b pada 15 Nov

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$110.5 bilion (US$1=RM4.68) pada 15 Nov 2023.

Menurut bank pusat itu, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$98.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.3 bilion), dan aset-aset rizab lain (US$2.8 bilion).

Sementara itu, jumlah aset adalah sebanyak RM626.44 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM518.85 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.01 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.04 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM66.40 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM174.18 bilion), mata wang dalam edaran (RM160.17 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM175.39 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM12.03 bilion), deposit-deposit lain (RM38.15 bilion), kertas Bank Negara (RM32.29 bilion), peruntukan SDR (RM29.85 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.27 bilion). -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings