the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Runtuhan gudang: Empat mangsa yang dikhuatiri terperangkap, dikesan melarikan diri

GEORGE TOWN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat lagi mangsa runtuhan gudang logistik di Batu Maung di sini ditamatkan pada 6.30 petang tadi selepas semua mangsa disahkan masih hidup.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata kesemua mereka dikesan melarikan diri berkemungkinan kerana ketakutan disebabkan tiada permit.

Menurutnya, semua mereka sudah ditahan kira-kira 4 petang tadi di sekitar kawasan Bayan Lepas dan kini dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.

“Kami sudah jalankan SAR sejak 10.30 malam semalam hingga 6.30 petang ini menggunakan lima elemen iaitu Juru Analisa Tempat Kejadian (CSI), Unit Anjing Pengesan (K9), mengorek keseluruhan runtuhan, dron selain bantuan daripada Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM).

“Bagaimanapun, dapatan kita bahawa empat mangsa di bawah timbunan yang diberitahu majikan dan mandur sebenarnya ada di tempat kejadian semasa runtuhan berlaku dan melarikan diri,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini hari ini.

Mohamed Usuf berkata penelitian kamera litar tertutup (CCTV) mendapati keempat-empat mereka dirakam berada di lokasi runtuhan di atas bangunan dalam pembinaan itu pada 9.06 malam dan melarikan diri ketika kejadian.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan angka mangsa yang terlibat dalam kejadian itu kekal lima orang dengan tiga daripada mereka meninggal dunia manakala dua lagi cedera parah.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Md Ahed Ali, 42, Mohammad Mokaddes Ali, 46, dan Mohd Sayful Islam, 29.

Dua mangsa yang parah pula adalah Md Uzzal Mridha, 30, patah kaki kiri manakala Md Razu Ahamad, 33, cedera di kepala dan leher dan kini masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Mohamed Usuf berkata setakat ini siasatan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) namun siasatan lanjut akan dijalankan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan pasukan bomba.

“Dapatan daripada siasatan oleh agensi terbabit akan diserahkan polis dan jika ada elemen-elemen tertentu mungkin kami akan klasifikasikan kes mengikut seksyen bersesuaian,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Zulfahmi Sutaji berkata pihaknya akan kekal di lokasi tetapi kekuatan anggota akan dikurangkan.

“Kami akan berada di sini untuk membuat siasatan sekiranya terdapat penemuan baharu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 9.58 malam semalam, tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh disahkan maut selepas gudang logistik yang dalam pembinaan itu runtuh manakala dua lagi mangsa dilaporkan parah dan dibawa ke HPP untuk menerima rawatan.

Tapak binaan gudang logistik itu terletak di bahagian selatan Pulau Pinang dan bangunan itu merupakan kompleks perniagaan logistik tiga tingkat yang mempunyai pejabat, ruang parkir dan gudang. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings