the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saifuddin Nasution: ROS perlu bertindak tegas, pastikan pematuhan NGO pada undang-undang

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) perlu bertindak tegas terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang gagal menghantar laporan kewangan tahunan bagi memastikan kepatuhan NGO terhadap undang-undang pertubuhan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata Akta Pertubuhan 1966 memberi kuasa kepada ROS antara lain menerima permohonan pendaftaran sesuatu pertubuhan, memberi kelulusan serta memastikan sesebuah pertubuhan itu bergerak sesuai dengan undang-undang.

Beliau berkata ROS perlu melakukan pemeriksaan dan pemantauan secara berkala terhadap pertubuhan berdaftar supaya insiden melibatkan sebuah NGO dibekukan akaun ekoran dakwaan wang sumbangan orang ramai untuk membantu rakyat Palestin disalah guna, tidak berulang.

“Setiap laporan dihantar NGO mesti diteliti dengan kemas bagi menghalang wujudnya pertubuhan yang berdaftar tetapi aktiviti dilakukan tidak sepertimana yang dinyatakan dalam undang-undang pertubuhan,“ katanya dalam sidang media selepas Sambutan Setahun KDN MADANI dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Sebelum ini dilaporkan SPRM memulakan siasatan ke atas Aman Palestin Bhd berhubung aktiviti pengumpulan derma oleh NGO tersebut untuk rakyat Palestin. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings