the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saraswathy: Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum

KUALA LUMPUR: Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy (gambar).

Mengambil contoh sambutan Hari Perpaduan 2024 di Sekolah Antarabangsa Wesley Methodist di sini, beliau berkata program itu dapat meningkatkan persefahaman antara pelajar pelbagai kaum dalam menjayakan sesuatu aktiviti.

“Program seperti ini sangat penting dalam merapatkan lagi persaudaraan antara semua lapisan masyarakat di negara ini,“ katanya ketika berucap pada majlis itu hari ini.

Kira-kira 200 pelajar mempersembahkan tarian dikenali sebagai ‘Tarikan Perpaduan’ yang memaparkan kepelbagaian etnik di negara ini meliputi antaranya Melayu, Cina dan India selain pribumi Sabah dan Sarawak.

Pada majlis itu Saraswathy turut melancarkan Buku Anthologi Puisi – Jom Membina, Jangan Membinasa hasil karya 69 pelajar dan 33 guru Sekolah Antarabangsa Wesley Methodist serta 11 penyair kebangsaan.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai, Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Dr Anwar Ridhwan.

Dalam sidang media selepas itu Wong yang telah empat tahun menyertai sambutan Hari Perpaduan di sekolah berkenaan berharap program serupa dapat dianjurkan di semua sekolah di seluruh negara pada setiap tahun.

“Bagus kalau Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perpaduan Negara dapat mencadangan supaya program seumpama ini dijalankan di seluruh negara, di semua sekolah mengikut modul yang dibuat Sekolah Antarabangsa Wesley Methodist,“ katanya.

Beliau berkata bagi pengamal media pula, kempen Maaf Zahir Batin Hari-Hari #MZB365 telah digerakkan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan media di negara ini untuk mempromosikan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Bagi Ahmad Zaini, pihaknya bersedia memberikan sokongan kepada mana-mana sekolah yang berhasrat menganjurkan program seumpama itu bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Saya sebagai (pengamal) media bersama Datuk Seri Wong Chun Wai akan mengambil inisiatif bagaimana kita dapat membantu kementerian dalam memupuk perpaduan, ini satu usaha yang baik dan perlu disokong,“ katanya.

Sementara itu Bishop Gereja Methodist di Malaysia Bishop Dr T. Jeyakumar berkata program perpaduan seperti yang diadakan hari ini bakal dianjurkan di semua Sekolah Methodist pada masa akan datang dengan mengambil kira kepentingan perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah.

“Bila saya lihat cara sambutan ini diadakan di sini dengan meriah sekali dan wajah murid-murid di sini, saya lihat ada semangat perpaduan yang jelas,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings