the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Selangor lancar dana usahawan Madani, tawar bantuan hingga RM30,000

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini melancarkan Dana Usahawan MADANI Selangor (DUMS) bagi membantu usahawan kecil meningkatkan produktiviti dengan nilai bantuan hingga RM30,000.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata DUMS yang mula diperkenalkan pada 2015 sebagai Dana Industri Kampung dengan bantuan berbentuk geran yang majoritinya diberikan kepada industri makanan dan minuman, kini dikembangkan kepada semua sektor perniagaan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) lain termasuk industri kreatif.

Beliau berkata penjenamaan semula program yang berjaya membantu PMKS sejak sembilan tahun lepas itu bertujuan memastikan agenda membantu usahawan kecil terus diberi nilai tambah agar menjadi lebih efektif dan meluas.

“Ini juga antara langkah kita dalam membantu perusahaan mikro supaya usahawan ini dapat bersaing dengan perusahaan kecil dan sederhana lain bukan sahaja di Selangor tetapi di seluruh Malaysia,” katanya pada pemberita selepas melancarkan DUMS di sini hari ini.

Amirudin berkata sejak usaha itu dimulakan sebanyak RM20.06 juta telah diperuntukkan dengan 1,029 usahawan mikro berjaya dibantu hingga tahun lepas.

Menurutnya untuk tahun ini bantuan dalam bentuk peralatan perniagaan atau perkakasan bernilai hingga RM30,000 turut diperkenalkan dengan syarat pemohon adalah daripada anak negeri atau mereka yang telah bermastautin melebihi 10 tahun di Selangor, selain perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan menjalankan perniagaan sepenuh masa.

Beliau berkata mereka yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), dan borang yang selesai diisi hendaklah dikemukakan ke Unit/Bahagian Pembangunan PDT lokasi perusahaan dijalankan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings