the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sembilan tan daging penyu, spesies marin terancam bernilai lebih RM5.2 juta dirampas

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai spesies hidupan laut terancam bernilai lebih RM5.2 juta termasuk sembilan tan metrik daging penyu kering hasil pemeriksaan terhadap sebuah bot jenis bubu ikan di kawasan laut Mangsee Reef, Kudat pada Rabu lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata daging penyu dianggar bernilai RM4.5 juta itu merupakan rampasan terbesar pihaknya melibatkan haiwan itu dan kira-kira 12,000 ekor penyu dipercayai dikorbankan bagi mendapatkan jumlah daging berkenaan.

Beliau berkata selain daging penyu, pihaknya turut merampas kulit kerang dan siput pelbagai spesies seberat dua tan metrik, balat susu (90 kilogram), kuda laut (150 kilogram), rumpai laut (80 kilogram), sirip yu (5 kilogram) dan kerapu (200 kilogram) yang telah dikeringkan.

Jauteh berkata rampasan pada 11.15 pagi itu dilakukan pasukan bertugas dalam Op Taring Gelora selepas mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika cuba dihampiri untuk pemeriksaan, bot terbabit terus membelok dan memecut ke arah kawasan cetek di Mangsee Reef. Bagaimanapun selepas bot telah berhenti sepenuhnya, kelihatan empat lelaki melompat keluar dari bot dan berenang ke arah kawasan cetek untuk melarikan diri.

“Pada masa sama, terdapat sebuah bot pam menghampiri empat lelaki berkenaan dipercayai sebahagian daripada kumpulan mereka dan terus membawa mereka menuju ke perairan antarabangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.

Jauteh berkata hasil siasatan mempercayai kesemua individu yang melarikan diri itu bukan warga tempatan, justeru pihaknya turut percaya penyu berkenaan bukan hanya ditangkap di perairan negara tetapi juga di perairan negara jiran.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati bot jenis bubu ikan itu dimiliki warga tempatan dan didaftarkan di Semporna, namun siasatan lanjut sedang dilakukan sama ada pemilik itu terlibat dalam kegiatan berkenaan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings