the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Steven Sim: Labuan IBFC sumbang lebih RM1b kepada hasil fiskal negara pada 2022

KUALA LUMPUR: Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) telah menyumbang lebih RM1 bilion kepada hasil fiskal negara pada 2022, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim (gambar).

Beliau berkata jumlah itu merupakan kutipan paling tinggi sejak tahun 1990 dan telah melonjak sebanyak tujuh kali ganda sejak 2018 setelah kerajaan melaksanakan peraturan Keperluan Fizikal Ekonomi pada 2019.

Katanya pelaksanaan peraturan berkenaan dikenakan ke atas institusi dan syarikat.

“Labuan IBFC merupakan antara tiga pusat kewangan antarabangsa utama di Asia Pasifik yang tertumpu kepada perniagaan perbankan luaran, insurans semula dan syarikat insurans kaptif (selain Singapura dan Hong Kong).

“Labuan memiliki 70 buah bank yang menjalankan perbankan luaran, Singapura memiliki sebanyak 99 buah dan Hong Kong (61),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Indera Dr Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan pencapaian terkini Labuan IBFC dari segi sumbangan ekonomi dan pembangunan kepada Labuan sejak ia ditubuhkan.

Bagi syarikat insurans dan berkaitan dengan insurans, Sim berkata Labuan memiliki 237 buah syarikat, Singapura (180) dan Hong Kong (163).

“Secara terperinci, terdapat 71 syarikat insurans kaptif di Labuan sementara Singapura memiliki 83 dan Hong Kong hanya mempunyai empat syarikat,” katanya.

Secara keseluruhan, katanya terdapat lebih 940 institusi berlesen yang dilulus dan dikawal selia oleh Labuan FSA — ini menunjukkan peningkatan bilangan pelesen sebanyak 10 kali ganda sejak tahun 1996.

Beliau berkata sehingga kini, bank-bank Labuan memiliki hampir US$50 bilion aset dan syarikat insurans di Labuan dan mempunyai premium insurans sehingga US$1.7 bilion.

Sementara itu, beliau berkata antara sumbangan utama Labuan IBFC kepada Pulau Labuan ialah menyumbang lebih 50 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Pulau Labuan, yang mencecah hampir RM5 bilion (2019-2020), sekali gus menjadikannya penyumbang terbesar kepada KDNK Labuan.

“Daripada sumbangan ini, kira-kira 12 peratus atau RM600 juta merupakan perbelanjaan entiti Labuan IBFC yang perlu dibelanjakan di Labuan,” katanya.

Sim berkata Labuan IBFC juga merupakan majikan kolar putih yang terbesar di Labuan dengan jumlah pekerja seramai 9,198 orang — jumlah itu merangkumi 20 peratus daripada jumlah pekerjaan di seluruh Labuan dan 90 peratus daripadanya adalah terdiri daripada warga tempatan.

“Sepanjang tiga dekad, banyak pembangunan telah dilaksanakan untuk mengukuhkan kedudukan Labuan sebagai sebuah pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa dalam bentuk penambahbaikan infrastruktur (jalan raya/ lapangan terbang/ pelabuhan laut), penubuhan sekolah antarabangsa, penjagaan kesihatan dan telekomunikasi,” katanya.

Beliau berkata pembinaan Ujana Kewangan pada tahun 1996 yang menempatkan kompleks pejabat, pusat konvensyen, blok penginapan dan pusat beli-belah telah membuka pelbagai gedung untuk komuniti Labuan IBFC dan penduduk setempat. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings