the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM di Seri Perdana

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya semalam.

Istana Selangor menerusi hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office memaklumkan pertemuan minum petang bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah sempena sambutan Aidilfitri yang masih berlangsung.

“Pada pertemuan minum petang dan sempena Hari Raya Aidilfitri ini, baginda dan Datuk Seri Anwar berkesempatan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu semasa,” menurut catatan yang turut diiringi gambar pertemuan itu.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, turut berkongsi mengenai pertemuan itu menerusi hantaran di media sosial beliau.

Sambil menjunjung kasih kunjungan baginda ke Seri Perdana, Perdana Menteri berkata pada pertemuan itu, Sultan Selangor memberi pandangan serta nasihat kepada beliau mengenai rakyat dan negara.

“Menjunjung kasih Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Seri Perdana petang semalam.

“Memanfaatkan dari pandangan dan nasihat Tuanku mengenai rakyat dan negara,” kata beliau dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings