the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suspek ragut wanita di Klang ditahan di Langkawi

SHAH ALAM: Seorang lelaki yang diburu polis berkaitan kes ragut seorang wanita di Klang pada 15 April lepas, berjaya diberkas di Langkawi, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong (gambar) berkata suspek berusia 24 tahun itu ditahan sepasukan polis pelancong Ibu Pejabat Daerah Langkawi di hadapan Medan Selera Penarak, Kuah pada 4.15 petang sebelum dibawa pulang untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata beberapa barang kes turut dirampas dan siasatan awal mendapati suspek warga tempatan itu mempunyai lima rekod lampau berkait jenayah dan dadah.

“Suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan semasa melakukan rompakan.

“Pegawai penyiasat juga sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Cha berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 20 tahun pada Isnin lepas, mendakwa telah diragut ketika sedang menunggang motosikal untuk ke tempat kerja.

Beliau berkata mangsa yang ketika itu berada berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Raja Zarina, Klang, didatangi suspek yang menunggang motosikal dari arah belakang dan bertindak menarik beg silang pada badan mangsa, menyebabkannya terjatuh dan mengalami kecederaan di kedua-dua tapak tangan, lutut dan bahu kiri.

Susulan itu, Cha berkata polis telah membuka kertas siasatan dan melancarkan gerakan memburu suspek yang membawa kepada tangkapannya di pulau peranginan tersebut, semalam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings