the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

10 acara Sukan SEA 2025 dipindah ke Bangkok, Chonburi

MOM sahkan 10 acara Sukan SEA 2025 dipindah dari Songkhla ke Bangkok dan Chonburi berikutan banjir besar di selatan Thailand.

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan pertukaran venue bagi 10 acara Sukan SEA 2025 yang pada asalnya dijadualkan di Songkhla.

Acara-acara tersebut kini akan dilangsungkan di Bangkok dan Chonburi berikutan banjir besar yang melanda selatan Thailand.

Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nasir Ali merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang prihatin dalam urusan penganjuran Sukan SEA.

Beliau berkata MOM kini bekerjasama rapat dengan Persatuan Sukan Kebangsaan terlibat bagi memuktamadkan urusan perjalanan dan penginapan kontinjen.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin tentang penganjuran Sukan SEA ke-33,“ katanya.

Senarai penuh sukan yang dipindahkan termasuk Muay Thai ke Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok.

Bola Sepak Lelaki Kelayakan akan berlangsung di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok.

Catur dipindahkan ke Hotel The Bazaar di Bangkok manakala Kabadi ke Pusat Sukan Chalermphrakiat.

Wushu dan Karate akan diadakan di Kompleks Kerajaan Chaeng Watthana, Bangkok.

Pencak Silat dan Biliard/Snuker dipindahkan ke Arena IMPACT dan Thunder Dome di Muang Thong Thani.

Judo akan diadakan di Auditorium Universiti Teknologi Rajamangala Thanyaburi, Bangkok.

Petanque dipindahkan ke Universiti Rajabhat Valaya Alongkorn di Bangkok.

Sukan Gusti merupakan satu-satunya acara yang dipindahkan ke Pacific Park Sriracha di Chonburi.

MOM akan memaklumkan semua pihak sebaik sahaja menerima perkembangan rasmi mengenai perubahan venue ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings