the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

10 depoh getah baharu bakal dibina di Sabah menjelang 2026

RISDA sasar urus 70,000 tan metrik hasil getah pekebun kecil Sabah secara berkelompok melalui 10 depoh pengumpulan menjelang 2026

KOTA KINABALU: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menetapkan sasaran mengurus 70,000 tan metrik hasil getah pekebun kecil secara berkelompok melalui pembinaan rangkaian depoh pengumpulan di Sabah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata 10 unit depoh pengumpulan hasil getah akan dibina di Sabah menjelang akhir 2026.

Beliau berkata langkah strategik itu selaras dengan pelaksanaan Model Transformasi RISDA 2026-2030.

“Depoh itu akan berfungsi sebagai hab pengumpulan getah bersistematik yang menyediakan proses timbang, rekod dan pembayaran secara lebih teratur dan tersusun,” katanya ketika berucap merasmikan Program Santuni Pekebun Kecil RISDA Sabah 2025.

Penyediaan infrastruktur itu membolehkan 74,625 pekebun kecil di Sabah memasarkan hasil mereka dengan lebih cepat dan selamat.

Ahmad Zahid percaya kewujudan rangkaian depoh yang diuruskan RISDA Plantation Sdn Bhd dapat memastikan sasaran pengumpulan hasil dicapai dengan lebih berkesan.

Pengukuhan sistem pemasaran melalui kerjasama strategik bersama Lembaga Industri Getah Sabah dijangka memberi pulangan langsung kepada pekebun kecil.

“Ini melalui peningkatan pendapatan lebih tinggi, rantaian jualan telus dan pengurangan manipulasi harga,” jelasnya.

Pengukuhan sistem itu juga akan merangsang pemulihan keyakinan terhadap pasaran getah tempatan.

RISDA turut memperluas akses perkhidmatan melalui Pusat Timbang dan Stor serta Pemasaran Getah Bergerak.

Program Pengeluaran Getah Negara memberi tumpuan kepada pemulihan kebun terbiar dan peningkatan produktiviti.

Ahmad Zahid menegaskan semua aktiviti import getah perlu dihentikan segera bagi meningkatkan harga komoditi.

Beliau mengarahkan RISDA, LIGS dan Kementerian Perladangan dan Komoditi supaya tidak bergerak secara silo.

“Jangan bergerak secara bersendirian. Kita boleh bersaing secara sihat demi kepentingan para pekebun kecil getah,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

AKPS nafi video deepfake ketua pengarah sokong bantuan

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia menafikan dua video deepfake yang meniru identiti Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, bagi tujuan penipuan.

Most Viewed

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.
spot_img

Popular Categories