the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 4, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

212 penagih dadah didakwa di mahkamah selepas Ops Tapis Sibu

Seramai 212 penagih dadah didakwa di mahkamah selepas Ops Tapis Narkotik di Sibu, dengan hukuman termasuk denda RM5,000 atau penjara dua tahun.

SIBU: Seramai 212 penagih dadah di daerah ini telah didakwa di mahkamah selepas ditahan dalam Ops Tapis Narkotik yang berlangsung sebulan sejak awal Oktober.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata 10 lagi penagih masih dalam tahanan reman bagi membantu siasatan berterusan.

Kumpulan penagih berkenaan yang berusia 20-an hingga 40-an didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

BACA: 221 individu ditahan, dadah RM120,000 dirampas dalam Op Tapis Sibu

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya,” katanya.

Mereka juga akan berada di bawah pengawasan selama dua tahun di bawah Seksyen 38B akta sama.

Zulkipli menegaskan operasi itu akan diteruskan untuk mengesan penagih dadah yang masih aktif dan bebas.

“Tiada kompromi terhadap mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah,” tegasnya.

Sejak Ops Tapis Narkotik bermula pada 6 Oktober, sebanyak 246 kes dadah telah didakwa di bawah pelbagai seksyen akta berkaitan.

Ini termasuk Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(3), Seksyen 39C(1) ADB 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kegiatan dadah melalui talian hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Nombor hotline Bukit Aman ialah 012-2087222 manakala JSJN Sarawak ialah 017-59292211.

Maklumat juga boleh disampaikan melalui mana-mana balai polis berhampiran. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Ice, snow tourism boosts cultural exchanges between China, Russia

ARXAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 3 December 2025 - The 20th Arxan Ice and Snow Festival kicked off on Nov. 15. Arxan, located at the southwestern foot of the Dahinggan Mountains and at the intersection of four major grasslands, has become an increasingly popular tourist destination in recent years thanks to its ice and snow and hot spring resources.

Xiamen resumes direct yacht services

Xiamen has resumed direct yacht services to Hong Kong after a six-year pause, enhancing cross-border travel and expanding the city’s diversified port network that now includes air travel, cruise routes, and yacht operations.

Rehda calls for data-driven housing reforms

alaysia’s affordable housing policies are struggling to keep pace with demographic shifts and market realities, according to the Rehda Institute, which called for a data-driven approach to reform quota requirements and pricing mechanisms.

Most Viewed

Leonardo chooses Malaysia for new regional cyber hub, strengthening Southeast Asia’s cyber resilience

Global aerospace and defence group Leonardo has inaugurated a new Regional Cyber Centre in Kuala Lumpur, reflecting its commitment to countering fast-evolving cyber threats and building strategic digital capabilities in the region. Integrated into the company’s Global CyberSec Centre network, the hub enhances mission assurance for critical infrastructures while cementing Malaysia’s position as a regional cybersecurity powerhouse.
spot_img

Popular Categories