the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

24,000 murid asnaf terima bantuan kelengkapan sekolah bernilai RM4.39 juta

Program Jom Ke Sekolah 2026 beri bantuan kelengkapan persekolahan kepada 24,000 murid asnaf seluruh negara, termasuk 600 murid di Pematang Pauh

BUKIT MERTAJAM: Seramai 24,000 murid asnaf di seluruh negara akan menerima set kelengkapan persekolahan bernilai RM4.39 juta melalui Program Jom Ke Sekolah (JKS) 2026 anjuran Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pemberian itu termasuk bantuan kepada 600 murid di Pematang Pauh melibatkan peruntukan RM109,800.

Beliau menyatakan inisiatif ini merupakan komitmen Yayasan Taqwa untuk meringankan beban keluarga asnaf dan memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan dalam keadaan lengkap.

“Melalui bantuan ini, ibu bapa tidak perlu lagi bimbang mengenai pakaian, kasut serta alat tulis anak-anak menjelang pembukaan sekolah 2026,” katanya ketika merasmikan majlis berkenaan.

Mohd Na’im menegaskan harapan agar murid asnaf belajar bersungguh-sungguh, memiliki adab, akhlak dan menghormati ibu bapa serta guru.

Beliau menjelaskan Yayasan Taqwa sebagai agensi di bawah MAIWP turut berperanan membantu asnaf di luar Wilayah Persekutuan melalui pelbagai inisiatif pendidikan dan kebajikan.

Kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Islam Negeri membolehkan penerima asnaf dikenal pasti dengan lebih tepat.

Mohd Na’im berkata falsafah pendidikan program itu selaras dengan gagasan negara MADANI yang menekankan pembinaan nilai, adab dan penguasaan ilmu.

Menurutnya, pemberian bantuan zakat secara sekali bayar sahaja tidak memadai, justeru MAIWP menyediakan lebih 35 skim termasuk latihan keusahawanan melalui agensi seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).

Beliau menyatakan hasrat kerajaan melihat golongan asnaf bukan sahaja keluar daripada kemiskinan secara menyeluruh, tetapi turut bangkit sebagai usahawan berjaya dan akhirnya menjadi pembayar zakat.

Mohd Na’im menyeru ibu bapa supaya memberi sokongan moral kepada anak-anak untuk hadir ke sekolah dan memanfaatkan bantuan yang diterima.

“Ini amanah yang dibawa oleh Kementerian Pendidikan agar anak-anak mendapat pendidikan sempurna dan menjadi generasi ilmuwan yang berakhlak mulia,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings