the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

3,000 bakul Kombo MADANI, lebih 5,000 ekor ayam RM10 di program MADANI Rakyat Zon Tengah

KUALA SELANGOR: Sebanyak 3,000 bakul Kombo MADANI dengan harga RM10 setiap satu menanti pengunjung yang hadir ke Program MADANI Rakyat Zon Tengah hari ini hingga 25 Feb di Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Kontrak Pemasaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Muhammad Azreen Abdul Jalil berkata orang ramai berpeluang mendapatkan Kombo MADANI yang terdiri daripada dua jenis iaitu barangan keperluan asas dan barangan jenama Agromas.

“Bagi Kombo MADANI antara barangan seperti telur, minyak masak peket, bawang serta beberapa jenis sayuran dengan harga serendah RM10 manakala bakul barangan Agromas mengandungi bihun, kordial dan beberapa barangan lain dengan penjimatan sebanyak RM5.

“Walaupun pagi tadi pengunjung tidak ramai kerana hujan lebat, namun, setakat pukul 12 tengah hari tadi kira-kira 300 bakul Kombo MADANI berjaya dijual dan kita juga ada menyediakan 5,000 kampit beras tempatan berharga RM26 sepanjang tiga hari ini,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Muhammad Azreen berkata pihaknya menyasarkan jualan kombo MADANI sebanyak 1,000 bakul dan pengunjung dijangka lebih ramai pada waktu petang.

“Orang ramai boleh mendapatkan harga istimewa tersebut di reruai Jualan Agro Mega MADANI yang dibuka bermula 9 pagi hingga 10 malam bagi Jumaat dan Sabtu manakala pada Ahad pada 9 pagi hingga 6 petang,“ katanya.

Sementara itu, di reruai Jualan Rahmah, pengunjung berpeluang mendapatkan 34 barangan makanan asas termasuk ayam, ikan, telur, minyak dan beras dengan harga istimewa iaitu sehingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor Mohd Zuhairi Mat Radey berkata hujan lebat pagi tadi tidak menghalang orang ramai untuk mengunjungi Kompleks Sukan Kuala Selangor bagi mendapatkan barangan tersebut.

“Pada program kali ini kami menyediakan 5,500 ekor ayam untuk dijual pada RM10 seekor, ikan beku RM6 sekilo, daging beku RM10 sekilo dan pelbagai lagi barangan lain.

“Dalam dua jam pertama sahaja sekitar 200 pengunjung hadir membeli barangan ini dan mereka yang belum mendapatkan harga istimewa ini boleh hadir ke reruai Jualan Rahmah bermula 9.30 pagi hingga 10 malam atau sehingga sehingga stok barangan habis, sepanjang tiga hari program ini,” katanya.

Program anjuran Pejabat Perdana Menteri menerusi Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan kerajaan Selangor itu merangkumi Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Majlis penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad ini yang akan turut dihadiri kepimpinan tertinggi Persekutuan dan negeri.

Program MADANI Rakyat merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember tahun lepas.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Telematics for commercial vehicles to be phased in from 2026

Transport Minister Anthony Loke announces a phased telematics system for commercial vehicles from 2026 to 2028, starting with voluntary adoption and moving towards mandatory use.

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings